Tuesday, 7 October 2014

Pengenalan dan 7 tanggapan dalam perbincangan kritis

Blog ini ditulis untuk merekod pendapat pendapat saya tentang pengamatan saya dari apa yang berlaku dalam senario masyarakat di Malaysia pada masa ini. Pandangan saya adalah berdasarkan kajian yang mampu saya buat tentang isu isu semasa yang sedang berbangkit. Saya tidak percaya kepada pendapat yang mengatakan kita tidak patut menyebelahi mana mana pihak. Pada pendapat saya, kita perlu mengambil satu pihak. Pihak yang benar.

Namun begitu, bersuara tanpa sebarang fakta adalah perbuatan sia sia kerana semua orang boleh berlaku sedemikian. Suara itu hanya akan berharga kalau ia didokongi fakta. Dengan yang demikian, penulis akan sedia menukar pendirian sekiranya fakta baru muncul dalam kajian dan bacaan.

Berikut adalah 7 perkara yang akan menjadi garis panduan pada penulisan blog ini:


  1. Fakta akan manjadi dasar kepada pendapat yang akan dibentang.
  2. Penulis akan mengambil pihak yang benar berdasarkan fakta yang paling tepat dari sumber yang boleh dipercayai.
  3. Sesiapa yang ingin komen dan menyangkal boleh berlaku demikian namun hanya fakta sahaja yang akan diambil kira untuk saya memberi maklum balas
  4. Sebarang komen yang menggunakan bahasa mencarut akan di gantikan dengan @#$%^%^ untuk memberitahu pembaca lain aa perkataan sedemikian digunakan tapi dilarang di sini. Saya percaya kebebasan bersuara tapi bukan kebebasan mencarut. 
  5. Keterbukaan fikiran adalah menjadi paksi dalam sebarang perbincangan. Kalau anda seorang yang berfikiran tertutup, jangan menyampuk dalam komen.
  6. Kecenderungan menggunakan hadis dan Alquran dalam perbingcangan adalah digalakkan. Namun sila beritahu sumber. Jangan hanya sebut Nabi kata... tapi tiada nas atau dalam Al Quran pun ada sebut...tapi tidak disebut ayat dan surah. Lebih baik kalau disebut ulama yang pernah menggunakan ayat atau hadis yang sama untuk mengupas pendapat dalam isu yang serupa.
  7. Berkongsi pendapat adalah sangat berguna dan boleh dimanfaatkan oleh ramai orang. Namun kita mesti menerima 4 tanggapan. Kadang kadang kita salah orang lain betul. Kadang kadang kita betul orang lain salah. Ada juga kalanya kita semua salah dan tak kurang juga ada kalanya kita semua betul. Namun kesemua tanggapan diatas boleh melahirkan perbezaan pendapat.